1. Menghabiskan kredit hanya untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibubapa juga
2. Rela menunggu berjam-jam, walaupun dalam hujan untuk melihat gadis
yang dicintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang
2minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!
3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik yang tersilap cakap sebaliknya
mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang
diminati
4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka
surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al Quran
walaupun satu muka setahun!
5. Asyik terkenang wajah kekasih
yang baru tak sampai seminit berpisah tetapi tidak terkenang pun wajah
ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.
6. Susah hati
jika tidak menerima surat atau emel atau SMS daripada orang yang
dicintai sebaliknya kita tahu bahawa kita sendiri tidak langsung
mengirim surat atau SMS kepada bapa dirumah
7. Memakai pakaian
yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai
singlet dan seluar pendek atas lutut ketika solat.
8. Lebih banyak mengucapkan kalimah ILOVEYOU berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Muhasabah sama sama. Mencari redhaNYA.
No comments:
Post a Comment