BIDADARI SYURGA : Adalah makluk ciptaan Allah yang ditempatkan di dalam syurga. Mereka disediakan untuk orang-orang mukmin yang beramal soleh. Mereka diciptakan Allah tanpa melalui proses kelahiran dari mana-mana ibu, bahkan kejadian mereka hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dengan kalimah ( كن فيكون )‘Kun fayakuun’.
Allah
dan Rasul menggambarkan bahawa mereka berwajah teramat cantik dan amat
sempurna kejadiannya. Setiap hamba Allah yang berjaya memasuki syurga di
akhirat nanti akan disediakan dua orang bidadari khusus untuk mereka,
dan mereka kini sedang menunggu kehadiran suami-suami mereka dari dunia
dengan penuh tawaddhuk dan sabar. Firman Allah:
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا
"Sesungguhnya
kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (tanpa ibu
dan tanpa kelahiran)", "Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan",
"Penuh cinta lagi sebaya (umurnya)." (QS. Al-Waqi'ah: 35-37)
Mereka
mungkin sekali berupa seperti manusia, sesuai dengan ciptaannya untuk
manusia. Tubuhnya terdiri daripada misik, za’faran, ambar dan kaafur.
Bauannya bau kasturi syurga, dan ditempat oleh Allah di dalam syurga.
Mereka dicipta dengan sangat indah oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang
beramal soleh, yang berbuat kebaikan semasa di dunia, yang layak untuk
memasuki syurga. Tetapi bentuk rupa sebenar, kecantikan dan keindahan
mereka tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa.
Diceritakan
bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia
dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diizin oleh malaikat
penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk
menjenguk ke bumi untuk melihat suami mereka dan mereka telah diizinkan.
Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada
mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui. Apabila mereka
melihat ke bumi, tatkala terlihat akan isteri kepada suami-suami mereka
di dunia yang tidak taat serta derhaka kepada suami, menyakiti suaminya,
lalu bidadari syurga itu berkata dan berseru-seru. Sebagaimana telah
diceritakan oleh Mu’adz ;
لاَ
تُؤْذِي امْرَأةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا. إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ
مِنَ الْحُورِ الْعِينِ: لاَ تُؤْذِيهِ، قَاتَلَكِ الله، فَإِنَّمَا هُوَ
عِنْدَك دَخِيلٌ يُوشِكَ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
“Tidak
ada seorang isteri yang menyakiti hati suaminya di dunia melainkan
bidadari yang menjadi pasangannya (di syurga) berseru (mungkin marah):
"Jangan engkau sakiti dia!, semoga Allah melaknatimu, sesungguhnya dia
hanyalah bertamu (di rumahmu), dia sudah hampir berpisah meninggalkanmu
menuju kami.” (Sahih al-Jami’: 7192).
BENTUK FIZIKAL BIDADARI
BENTUK FIZIKAL BIDADARI
Tidak
ada sesiapapun didunia ini dapat membayangkan rupa bentuk sebenar
seorang bidadari. Samada dari segi kecantikannya, cintanya, kasih
sayangnya, penuh perhantiannya kepada suami-suami mereka.
Sebagaimana
Sabda Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, maksudnya: “Dari Abu
Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman,
“Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu (bidadari) yang tidak
pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak
pernah terlintas oleh fikiran (bentuk dan rupanya)” (H.R. Bukhari dan
Muslim – Hadits Qudsi)
Walau
bagaimanapun di dalam Al-Quran dan al-Hadits banyak sekali ayat-ayat
yang menjelaskan secara umum zahir sifat-sifat bidadari ataupun
menggambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan
bersedia melayani para ahli Jannah.
Al-Qur’an menceritakan bahawa bidadari diciptakan sebaya umurnya. Firman Allah:
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا
“Sesungguhnya
Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (Maksudnya:
tanpa melalui kelahiran dan langsung menjadi gadis)”,” dan Kami jadikan
mereka gadis-gadis perawan”,” penuh cinta lagi sebaya umurnya”. (QS al-Waaqi’ah: 35-37)
Quraish
Shihab menjelaskan kalimat ‘lagi sebaya umurnya’ dengan menyampaikan
hadits diriwayatkan oleh at-Tirmidzi bahawa seorang wanita tua datang
kepada Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam memohon didoakan agar
masuk syurga. Nabi menjawabnya dengan bersabda (dengan tujuan bergurau
sambil mengajar) :”Beritahu wanita itu, bahawa dia tidak akan
memasukinya dalam keadaan tua. Sesungguhnya Allah berfirman (lalu beliau
membacakan ayat-ayat diatas) . Hadits ini diriwayatkan juga oleh
al-Baihaqi dan at-Tabarani, namun oleh Ibnu Hajar dinilai sebagai hadits
Dha’if.
Dalil Dari al-Qur’an
قُلْ
أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ
رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا
وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ بَصِيرٌ
بِالْعِبَادِ
Katakanlah:
"Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian
itu?( lebih baik dari: wanita-wanita, anak-anak, emas perak, kuda
pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang)". Untuk orang-orang
yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang
mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka
dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah.
Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (QS al-Imran:15)
كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ
“Demikianlah, dan Kami berikan (beri pasangan) kepada mereka dari bidadari yang cantik matanya (mata jeli)”. (QS. ad-Dukhan:54)
كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ وَحُورٌ عِينٌ
“Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik”. (QS. al-Waaqi’ah : 22-23)
إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا
"Sesungguhnya
kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (tanpa
ibubapa dan tanpa kelahiran)", "dan kami jadikan mereka gadis-gadis yang
sentiasa perawan", "Penuh cinta lagi sebaya umurnya." (QS. Al-Waqi'ah:
35-37)
Ibnu
Abid Dunya meriwayatkan dari Abul Hawari, dia berkata: Bidadari itu
diciptakan langsung (Allah berfirman ‘kun’ maka jadilah). Apabila telah
sempurna penciptaan mereka maka dipasanglah kemah-kemah untuk mereka.
وَعِندَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya”. (QS. as-Sood: 52)
وَالَّذِينَ
آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن
تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً لَّهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ
مُّطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ ظِـلاًّ ظَلِيلاً
“Dan
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh,
kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya
mengalir sungai-sungai; kekal mereka di dalamnya; mereka di dalamnya
mempunyai isteri-isteri yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat
yang teduh lagi nyaman” (QS. an-Nisaa’: 57)
مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ
"Mereka
bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan kami kahwinkan mereka
dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (QS. At-Thur: 20)
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ,
“Di
dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan
pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula
oleh jin", "Seakan-akan bidadari itu permata Yakut (delima merah) dan
marjan”. (QS. Ar-Rahman: 56 dan 58)
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik”. (QS. Ar-Rahman: 70)
حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ
"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam khemah-khemah." (QS. Ar-Rahman: 72)
Ibnul
Qayyim berkata bahawa kemah-kemah ini bukanlah ghuraf (kamar-kamar)
atau qushur (istana-istana), melainkan ia adalah tenda di taman-taman
dan di atas sungai-sungai.
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلاَ جَانٌّ
“Mereka
(bidadari) itu tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka
(kecuali oleh suaminya dari dunia), dan tidak pula oleh jin”. (QS.
ar-Rahman: 74)
كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَّكْنُونٌ, وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ
Di
sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan
jelita matanya (tidak memandang kepada yang lain kecuali suami mereka),
seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan
baik.” (QS. as-Sooffaat : 48-49)
Dalil Dari Hadits
Rasulullah
sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang bidadari
menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi cahaya antara langit dan
bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari
Anas bin Malik r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga,
akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari
dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan
keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan
bulan?” (H.R. at-Tabrani)
Rasulullah
sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sekiranya salah seorang
bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi
dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.
Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik
daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari
Anas bin Malik r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya
akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Ibnul
Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut
bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin
nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah
dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh terserlah sekali, namun
disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah: 316)
Rasulullah
sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Penghuni syurga boleh
mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R.
Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari
Anas bin Malik, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan
tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat
dari za’faran.”
Dalam
sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan
Abu Hurairah, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu'
(mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari
Yaqut yang merah (delima merah) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh
puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh
puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan
dari bidadari.”
Rasulullah sollallaahu
'alaihi wasallam bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita
syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan
Muslim)
Dari
Anas r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Seorang
mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan
sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?”
Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang
laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari
Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah
yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada
bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak
daripada apa yang tidak nampak.” Saya bertanya lagi, “Kerana apa wanita
dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda sollallaahu 'alaihi
wasallam menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada
Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain
sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya
kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas.
Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan
tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama
sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali.
Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R.
At-Tabrani)
Riwayat Penciptaan Bidadari
Riwayat Penciptaan Bidadari
Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat
Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil
malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa
yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka
berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut.
Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang
masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari
itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn
kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya
itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil
malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah
engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,”
jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t
untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa
nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di
dalam kitab Daqo'iqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam
Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah sollallaahu
'alaihi wasallam bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari
empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. Allah menciptakan
tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari
sutera yang halus. Jari kakinya hingga kelututnya dicipta dari za’faran
dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai
lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur.
Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air
di dunia berbau Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan
nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat
sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh
cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki)
dari Jauhar dan permata.”
Seorang Lelaki Mendapat 2 Bidadari
Seorang Lelaki Mendapat 2 Bidadari
Apabila
seorang lelaki mukmin yang soleh diperkenankan Allah untuk memasukki
syurga buat pertama kali, dia akan diiringi oleh 2 orang bidadari.
Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Rombongan yang
pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bagai cahaya bulan
purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti
bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing mereka mempunyai
dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik
dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari
dan Muslim)
Isteri Syurga Makin Hari Makin Cantik.
Isteri Syurga Makin Hari Makin Cantik.
Rasulullah
sollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Sesugguhnya di
syurga terdapat pasar yang dikunjungi penduduk syurga setiap hari
jumaat. Angin utara berhembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka
hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti
itu, mereka pulang kepada isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka
berkata, “Demi Allah, tuan semakin tampan dan kacak.” Mereka menjawab,
“kalian juga semakin cantik dan mempesona”.
KISAH MEREKA YANG MENDAPAT BIDADRI SYURGA
KISAH MEREKA YANG MENDAPAT BIDADRI SYURGA
1. Ainul Mardhiyyah Untuk Pemuda Syahid
Dalam
suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin
Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak
berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat.
Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat
111, yang ertinya sebagai berikut :
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”
Setelah
selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau
lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup
besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata: “Wahai Abdul Wahid,
benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka
dengan syurga untuk mereka?” Jawab Abdul Wahid: “Ya, benar anak muda”.
Anak muda itu melanjutkan: “Kalau begitu saksikanlah, bahawa diriku dan
hartaku mulai sekarang aku jual dengan syurga.”
Anak
muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi
perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu
berangkat, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang
pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu
kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia
rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering
menjaga kami bila sedang tidur.
Sewaktu
sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur strategi pertempuran,
tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:”Hai, aku ingin segera
bertemu dengan Ainul Mardhiyah . .” Kami menduga dia mulai risau dan
fikirannya kacau, kudekati dan aku tanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu.
Dia menjawab: “Tadi sewaktu aku sedang terlelap, tiba-tiba aku
bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: “Pergilah kepada
Ainul Mardiyah.” Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya
terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para
bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah.
Manakala melihat kedatanganku, mereka bergembira seraya berkata:
“Inilah suami Ainul Mardhiyah”
“Assalamu’alaikum”
kataku memberi salam kepada mereka. “Adakah di antara kalian yang
bernama Ainul Mardhiyah?” Mereka menjawab salamku dan berkata: “Tidak,
kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu. Tatkala aku sampai
pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, aku
bertanya lagi ,tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan
menyuruh aku meneruskan langkah.
Akhirnya
aku sampai pada khemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di
pintu khemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku
dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: “Hai
Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang”.
Ketika
aku dipersilakan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di
atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekatinya,
dia berkata: “Bersabarlah, kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku,
kerana roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu”. Anak muda itu
melanjutkan kisah mimpinya: “Lalu aku terbangun, wahai AbdulWahid. Aku
tidak sabar lagi menanti terlalu lama”.
Belum
sempat perbualan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh
terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan
melawan mereka. Selesai pertempuran aku cuba meneliti, kulihat anak muda
itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum
gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga rohnya berpisah dari badannya
untuk meninggalkan dunia. ( Irsyadul Ibad ).
2. Ziyad Bertemu Bidadari Syurga
Telah
menceritakan kepada kami Abdullah, telah menceritakan kepada kami Abu
Ali al-Mawarzi Hamzah Ibnul ‘Abbnas, telah menceritakan kepada kami Ali
Ibnul Hasan dan ‘Abdan Ibn ‘Utsman mengatakan: Telah menceritakan kepada
kami Abdullah Ibnul Mubarak dari Abdurrahman Ibn Razin al-Mishri, telah
menceritakan kepada kami Abdul Karim Ibnul Harits al-Hadhrami, telah
menceritakan kepada kami Abu Idris al-Madini mengatakan:
“Seseorang
dari penduduk Madinah bernama Ziyad datang kepada kami. Kami sedang
memerangi puak Saqaliyah di negeri Romawi. Kami bertiga, aku, Ziyad dan
seorang lagi dari penduduk Madinah mengepung kota. Suatu kali salah
seorang dari kami pergi untuk mencari makanan. Ketika itu peluru
manjanik [1] jatuh terhempas berhampiran Ziyad dan pecahannya mengenai
lutut Ziyad sehingga dia pengsan. Aku lalu menariknya. Temanku datang,
aku lalu memanggilnya dan kami melalui jalan yang aman dari anak panah
dan peluru manjanik.
Siang
itu kami hanya duduk diam, sementara Ziyad tidak bergerak sama sekali.
Kemudian serta-merta Ziyad tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya! lalu
diam! Kemudian menangis hingga air matanya mengalir! Lalu diam!
Kemudian dia diam sesaat dan setelah itu tersedar dan duduk tegak. Dia
berkata: “Kenapa aku disini?” kami jawab: “Tidakkah engkau mengetahui
apa yang terjadi pada dirimu?” dia menjawab: “Tidak!” Kami katakan:
“Tidakkah engkau ingat peluru manjanik yang jatuh di sampingmu?” dia
menjawab: “Ya!. Kami katakan : “Engkau terkena pecahannya hingga engkau
jatuh pengsan, kemudian engkau melakukan demikian dan demikian!” dia
menjawab: “Benar! Aku akan beritahu kepada kalian berdua: “Aku dibawa ke
suatu kamar yang terbuat dari mutiara dan intan, aku lalu dihantarkan
ke tempat tidur yang terbuat dari emas dan terjahit dari benang emas.
Di
kedua sisi kamar tersebut terdapat dua buah bantal. Setelah aku duduk
di atas tempat tidur itu, aku mendengar suara gemercing perhiasan dari
samping kananku. Dari sana keluar seorang gadis. Aku tidak tahu mana
yang lebih indah; kecantikan gadis itu, pakaiannya atau perhiasannya!
Dia lalu berjalan ke arah sudut kamar. Dia memberi salam kepadaku dan
berkata: “Selamat datang wahai orang yang tidak pernah memohon kami
kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, padahal kami tidak seperti fulanah
-isterinya-!” ketika dia mengingatkan aku akan isteriku dengan
ungkapannya, aku tertawa. Dia lalu mendatangiku dan duduk di samping
kananku. Aku bertanya kepadanya: “Siapa kamu?” dia menjawab: “Aku adalah
madu bagi isterimu!” Ketika aku menjulurkan tanganku untuk menjamahnya,
dia berkata: “Tunggu sebentar! Engkau akan mendatangi kami di waktu
zuhur.” Akupun menangis setelah dia selesai bicara.
Kemudian
aku mendengar lagi suara gemercing perhiasan dari samping kiriku.
Ternyata dari sana keluar juga seorang gadis serupa dengan gadis yang
pertama, berbicaranya sama. Aku juga melakukan seperti yang aku lakukan
pada gadis yang pertama; aku tertawa ketika dia menyebutkan tentang
isteriku. Dia duduk di samping kiriku. Ketika aku menjulurkan tangan
untuk menjamahnya, dia mengatakan: “Tunggu sebentar! Engkau akan
mendatangi kami di waktu zuhur,” maka akupun menangis.” Ziyad terus
duduk bersama kami dan berbicara. Ketika terdengar suara azan, dia rebah
dan mati.”
Abdul
Karim mengatakan: “Ada seseorang yang menceritakan kisah ini kepada
kami dari Abu Idris al-Madini. Kemudian dia mendatangiku dan berkata
kepadaku: “Mahukah engkau datang kepada Abu Idris dan mendengar langsung
darinya?” akupun mendatanginya dan mendengar langsung darinya.”[1]
3. Bidadari Saidina Umar r.a.
Pernah
suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan
keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza
dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit
hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan
bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat
pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka
saat itu juga Allah subhaanahu wa taa’ala menjadikan seorang bidadari
untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".
1 MAHLIGAI DI SYURGA BERJUTA BIDADARI.
Sesiapa mendapat 1 Mahligai di syurga, maka dia akan mendapat 24,010,000 (2.4 juta bidadari.) Sebagaimana Hadits diriwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu (mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah (delima) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
Suatu hari ketika Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dimi'rajkan menghadap Allah subhaanahu wa taala, malaikat
Jibril a.s memperlihatkan kepada baginda taman-taman syurga. Rasulullah
sollallaahu ‘alaihi wasallam melihat ada sekumpulan bidadari yang
sedang bergurau dan bermain. Ada
seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu
menyendiri dan nampak sangat pemalu. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi
wasallam bertanya kepada Jibril a.s, "Wahai Jibril a.s bidadari siapakah
itu?". Malaikat Jibril a.s menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan
bagi sahabatmu Umar r.a.".
1 MAHLIGAI DI SYURGA BERJUTA BIDADARI.
Sesiapa mendapat 1 Mahligai di syurga, maka dia akan mendapat 24,010,000 (2.4 juta bidadari.) Sebagaimana Hadits diriwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu (mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah (delima) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
1 Mahligai dicipta dari Lu’lu’, di dalamnya terdapat;
70 kampung dicipta dari Yaqut merah, didalamnya terkandung;
70 Rumah dicipta dari Zamrud hijau, di dalam setiap rumah terdapat;
70 bilik tidur, dan di dalam setiap bilik terdapat;
70 bidadari.
Jumlah bidadari seluruhnya 24,010,000
Untuk membina satu Mahligai disyurga cukup dengan sekali tasbih, tahmid dan takbir.
No comments:
Post a Comment