Saturday, March 30, 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~

Thursday, March 28, 2013

EMPAT TANDA HIDUP TAK BERKAT

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.Tak tau duit pergi mana.
Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

7 Jenis Muka Mayat Di dalam Kubur 

1.Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. 
2.Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kita tidak pernah menutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. 
3.Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.
4.Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.
5.Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6.Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7.Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Tips untuk buang lemak

Dr Hamid Arshat
Beberapa garispanduan untuk pecah lemak dan kuruskan badan
1. konyah makanan dalam mulut selama bolih , 20 kali konyah sebelum telan. Enjim dari air ludah membantu penghazaman.
2. Kurangkan makan diluar, masak sendiri, jauhkan fas foods dan makanan goreng.
3. Hentikan gula cordail dan sirup dan minuman dalam botol dan kotak.
4. jauhkan segala makanan yang mengadungi perisa, pengawet dan pemanis. 
5. Minum segelas air suam dicampur perahan separuh buah lemon atau limau nipis.minum sedikit apel cider atau vinegar ketika atau lepas makan.
6. Cili mentah - merah, hijau atau padi , makan sebagai ulam atau salad.
7. kunyit hidup campurkan dalam masakan.
8. gunakan olive oil magerin, minum minyak kelapa dara satu sudu 2 kali sehari.
9. supplemen vitamin B khususnya B3 atau Niacin.
10. makan seaweed sebagai sumber iodine dan antioxidants

Saturday, March 23, 2013

ANTARA SIFAT TERCELA....

1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.
2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.
3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.
4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.
5) HASAD ; ertinya dengki akan ni'mat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.
6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.
7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.
8) KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.
9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah ni'mat dari Allah.
10) RIA' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Thursday, March 21, 2013

Kisah Seorang ketua

Pada zaman dahulu, ada sebatang pohon besar tumbang di atas jalan utama ke istana.10 ahli keselamatan pasukan Durian cuba mengalihkan pohon yang tumbang itu supaya pengangkutan bandar ke istana tidak terganggu.
Ketua Suhaimi berdiri di tepi mengarahkan ahli-ahli kampungnya untuk berusaha lebih keras, tapi mereka tidak dapat mengalih pohon tersebut.Tetiba ada seorang 50an datang ke tempat di situ dengan kuda dan meninjau tempat kejadian.
Pakcik itu memberitahu Suhaimi – “jika anta membantu mereka, rasanya cukup tenaga untuk mengalihkan pokok tersebut. Mengapa anta tak bantu?”Suhaimi terus menjawab, “Itu bukan tugas ana. Ana ketua pasukan. Itu kerja mereka, mereka kena buat. Ana menyelia sahaja.”
Melihat Suhaimi menjawab sedemikian, pakcik itu pun menurunkan kudanya dan membantu ahli keselematan pasukan Durian untuk mengalihkan pokok.Tenaga tambahan itu menyebabkan pokok dapat dialihkan.
Pakcik itu naik semula kuda dan memandang ke arah Suhaimi.“Ok bagus. Ana akan laporkan pada pihak istana bahawa kita telah berjaya mengalihkan pokok tersebut,” kata Suhaimi. Pakcik itu tersenyum tidak berkata apa-apa.
Apabila Suhaimi masuk ke istana, raja memanggil Suhaimi menghadap. “Akhirnya dapat jumpa raja. Ana nak minta ganjaran lebih,” bisik hati Suhaimi yang kegembiraan.
Setibanya di bilik mesyuarat raja, Suhaimi terkejut melihat raja ialah pakcik yang membantu mengalihkan pokok tumbang sambil beliau berdiri di tepi jalan mengarahkan semua orang bekerja.
Suhaimi terkedu malu. Pakcik hanya tersenyum.“Beta akan hadiahkan 9 rumah sahaja. Anta tak dapat. Anta nak cakap apa-apa?”
Suhaimi mengangguk.“Tak. Memang adil rajaku,” kata Suhaimi sambil menyesal mengapa hari tersebut beliau enggan membantu ahli-ahli pasukannya hari itu.“
Jadi ketua, bukan bermaksud sehingga tahap menjadi sombong dan lupa diri. Ingat baik-baik,” jawab pakcik.
Kongsilah cerita ini sekirannya bermanfaat.Senyum.

Kita Masih BELUM MATANG Sekiranya...

1. Menghabiskan kredit hanya untuk berbual dengan kekasih sedangkan wang membelinya daripada kiriman ibubapa juga

2. Rela menunggu berjam-jam, walaupun dalam hujan untuk melihat gadis yang dicintai melintas jalan sedangkan anda solat secara ekspres (kurang 2minit untuk 4 rakaat) atau tidak solat langsung!

3. Memarahi bahkan sanggup menampar adik yang tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun dimaki-hamun atau dihina oleh wanita yang diminati

4. Sanggup membaca novel cinta yang beratus-ratus muka surat dalam tempoh sehari, padahal tidak pernah membaca Al Quran walaupun satu muka setahun!

5. Asyik terkenang wajah kekasih yang baru tak sampai seminit berpisah tetapi tidak terkenang pun wajah ibu yang telah berbulan-bulan tidak anda temui.

6. Susah hati jika tidak menerima surat atau emel atau SMS daripada orang yang dicintai sebaliknya kita tahu bahawa kita sendiri tidak langsung mengirim surat atau SMS kepada bapa dirumah

7. Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk dating dengan kekasih sebaliknya hanya memakai singlet dan seluar pendek atas lutut ketika solat.

8. Lebih banyak mengucapkan kalimah ILOVEYOU berbanding kalimah zikir seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Muhasabah sama sama. Mencari redhaNYA.

Wednesday, March 20, 2013

tentatif program BIG


5 aspek Manhaj Nubuwwah

Shaikhuna Dr. Usamah as-Saiyid Mahmud al-Azhari -hafizohulLah- meletakkan 5 aspek Manhaj Nubuwwah (kaedah yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w) berkaitan Pembangunan Insan :-

1. Akal (minda) : Nabi Muhammad s.a.w mengajarkan manusia ; bagaimana untuk berfikir, bagaimana nak melihat alam semesta dan menjalani kehidupan, bagaimana nak memahami aturan ALLAH dengan pemahaman dan analisis yang betul, bagaimana untuk menghasilkan sesuatu gambaran yang betul tentang sesuatu kejadian, bagaimana untuk melihat setiap sesuatu secara hakikat serta ukuran yang betul agar dapat melakukan semuanya itu dengan cara yang betul.

2. Nafsu (jiwa) : Baginda mengajarkan manusia ; bagaimana untuk mensucikan diri, bagaimana menghapuskan segala kekotoran dari sifat mazmumah seperti dendam, benci, angkuh, penting diri sendiri sehingga akan terpancar di dalam dirinya cahaya petunjuk dan dapat membersihkan titik hitam di dalam diri dari segala sifat mazmumah yang menyebabkannya jauh dari kefahaman Al-Quran dan syariah Islam.

3. Ruh : Baginda mengajarkan manusia ; bagaimana membebaskan ruh dari ikatan nafsu, supaya manusia itu dapat mencergaskan ruh dan membebaskan hati untuk mencapai kejayaan tanpa malas dan kecewa, bahkan akan dipenuhi di dalam dadanya dengan mengenali ALLAH SWT, mengagungkan-Nya dan mencintai para Nabi dan Rasul-Nya serta berakhlak seperti yang diajarkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w.

4. Hati (jantung) : Baginda mengajarkan manusia ; bahawa hati adalah tempat pandangan ALLAH SWT, ia adalah sumber keikhlasan semasa berniat untuk melakukan sesuatu perbuatan dan memboleh manusia istiqomah. Apabila ia dipenuhi dengan cahaya Ilahi, pasti ia akan terlorong seumur hidupnya ke jalan yang lurus.

5. Jasad (badan) : Baginda mengajar manusia ; bagaimana membinanya, bagaimana menggunakan tenaga dan usahanya untuk mencapai sesuatu tujuan yang betul

.Lima aspek tersebut, ia merupakan komponen kejadian manusia. Manusia tidak akan menjadi sempurna sehingga dia mengetahui cara bagaimana untuk membina akal, nafsu, hati, ruh dan jasadnya. Jika manusia mengabaikan salah satu dari lima aspek tersebut, dia akan diputarbelitkan, dikelirukan, tidak mengetahui jalan yang lurus serta tidak akan mencapai kejayaannya di Akhirat nanti.

Sunday, March 17, 2013

Celik mata

Jangan celik mata terus cari makan. Itu bagaikan haiwan.
Bangun pagi, kita harus ada fitrah Islam – celik mata sahaja ingat pada Allah.Orang beriman celik mata, sembah Allah dulu. 
Sebab apa? Sebab 8 jam tidur kita, kita tak pernah ingat pada Allah.
Jadi bila celik mata, kita mesti ingat pada Allah semula dengan ambil wuduk dan sembahyang.
Serahkan segalanya pada Allah – dan ingat Allah selalu.Senyum.
-Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official) 9 Julai 2012

Wednesday, March 13, 2013

PETUA TIDUR NABI SAW

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar.

Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badanuntuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Bagaimana membahagikan waktu?

 Seorang muslim mestilah tahu membahagikan masanya mengikut kewajipan yang tertanggung di atas bahunya.

Seorang tokoh Islam abad ini, al-Imam asy-Syahid Hasan al Banna berkata;“Kita diperintahkan supaya mengguna dan membahagikan masa bagi empat tujuan ;
1.Untuk agama iaitu melakukan ketaatan kepada Allah merangkumi yang wajib/fardhu dan yang sunat-sunat.
2. Untuk mencari rezki yang halal bagi menyara diri dan keluarga.
من أمسى كالا من عمل يده أمسى مغفورا له
"Siapa yang berpetang dalam keadaan penat kerana bekerja/berusaha dengan tangan sendiri maka ia berpetang dalam keadaan dikurniakan keampunan baginya" (Riwayat Imam at-Thabrani dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
3. Untuk berkhidmat kepada manusia dengan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah bagi mereka.
Sabda Nabi(s.a.w);من مشي في حاجة أخيه كان كمن اعتكف في مسجدي هذا شهرا
“Sesiapa yang berjalan(untuk keluar) memenuhi hajat saudaranya ia seolah-olah beriktikaf di masjidKu ini(iaitu masjid Nabawi) selama sebulan”.
4.Untuk kerehatan badan.
Sabda Nabi(s.a.w); فإن لبدنك عليك حقا
"Sesungguhnya badan kamu mempunyai hak ke atas kamu".
Syeikh Tantawi al-Jauhari berpesan kepada kita;“Apabila munculnya siang maka buatlah penyusunan terhadap kerja-kerja-yang akan kamu lakukan pada hari itu mengikut masanya dan jangan melakukan sesuatu kerja bukan pada masanya. Ikutilah perancangan kamu yang awal dan jadikan riadhah/bermain pada masanya yang khusus.
Ambillah contoh/tauladan daripada Nabi kita(s.a.w) dimana baginda membahagikan masanya kepada beberapa bahagian; -
Satu bahagian untuk ibadah -Satu bahagian untuk manusia iaitu mengajar mereka... -Satu bahagian untuk diri baginda sendiri....."

(Syeikh Tantawi Jauhari;kitab "ميزان الجواهير" )

Tuesday, March 12, 2013

Apabila dilanda dukacita, lemah, hutang dan tekanan,

Bacalah.....الَّلهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ البُخْلِ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ غَلَبَةِ الدَّينِ وقَ?ْرِ الرِّجَالِ"
Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Kisahnya :Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?"

Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!" Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas).

Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

KISAH MALAIKAT TIDAK DAPAT MENGHITUNG JUMLAH PAHALA SELAWAT KE ATAS NABI....

Rasulullah SAW bersabda:"Ketika aku di dalam perjalanan di malam hari untuk mi'raj ke langit, aku melihat ada malaikat yang mempunyai seribu tangan, dan di setiap tangannya seribu jari-jemari. Ketika ia sedang menghitung dengan jari-jarinya, aku bertanya kepada Jibril: Siapakah malaikat itu dan apa yang sedang ia hitung? Jibril menjawab: Ia adalah malaikat yang ditugaskan untuk menghitung setiap titisan hujan, ia menghafal dan mengetahui setiap titisan hujan yang telah diturunkan dari langit ke bumi.

Aku bertanya kepada malaikat itu: Apakah kamu mengetahui berapakah jumlah titisan hujan yang diturunkan dari langit ke bumi sejak Allah menciptakan dunia? Ia menjawab: Ya Rasulallah, demi Allah yang telah mengutusmu yang membawa kebenaran kepada makhluk-Nya, aku tidak hanya mengetahui setiap titisan hujan yang turun dari langit ke bumi, tetapi aku juga mengetahui secara tepat berapakah jumlah titisan hujan yang jatuh di lautan, di daratan, di atas bangunan, di kebun-kebun, di daratan yang bergaram, dan di tanah perkuburan.

Rasulullah SAW bersabda: Aku kagum terhadap kemampuan hafalan dan ingatanmu dalam menghitung. Ia berkata: Ya Rasulullah, ada yang tak sanggup aku menghafal dan mengingatnya dengan hitung tangan dan jari-jemariku. Rasulullah SAW bertanya: Menghitung apakah itu? Ia menjawab: Aku tidak mampu menghitung jumlah pahala untuk selawat yang disampaikan oleh sekelompok ummatmu ketika namamu disebut di suatu majlis."
(Al-Mustadrah, Syeikh An-Nuri, 5: 355, hadis ke 72)

Saturday, March 9, 2013

Kentut

Adab Kentut (membuang angin) menurut Sunnah.

Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut dihadapan orang ramai dan sebagainya. Walaubagaimanpun bagi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa.Hal ini berdasarkan hadith daripada Aisyah RA yang berkata, Nabi Salallahualaihiwassalam bersabda : إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ 'Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar (dari solat).' [riwayat Abu Daud no. 1114]

Kata al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari akhlak yang baik. [Awn al-Ma'bood]

Manakala bagi orang yang lain pula adalah haram mengejek dan mentertawakan orang yang terkentut sebaliknya mereka harus meneruskan urusan seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Bahkan di dalam hal ini, menutup aib saudara kita adalah merupakan suatu sunnah dan kemuliaan.Abdullah bin Zam'ah RA meriwayatkan bahawa Nabi Salallahualaihiwassalam menegur perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya : لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ 'Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia juga lakukannya? [riwayat al-Bukhaari dan Muslim]

Hadith di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya. Hal ini termasuk dalam adab dan akhlak yang baik dengan manusia lain. [Al-Minhaj]

MURSYIDKU, MURABBIKU, GURUKU

NAMA : Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
ASAL KETURUNAN : Nasab keturunannya bersambung sehingga Sayyidina Husain RA
BAPA : Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
TARIKH LAHIR : 01 Jun 1946 M 
TEMPAT LAHIR : Bandar As-Saghr, Iskandariah, Mesir

Biodata Syeikh:
Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini. 
Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.”

Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah. 

Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain. 

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani. Di antara gurunya juga ialah al Muhaddisth Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari.

Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah. 

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya.

Tahajjud

Seorang lelaki berkata kepada Ibrahim ibn Adham , "Aku tidak mampu bangun malam, berikanlah aku ubatnya." 
Sayyidina Ibrahin q.s berkata kepadanya,"Janganlah kamu melakukan maksiat pada waktu siang kerana Dia akan mendirikanmu di hadapanNya pada waktu malam. Sesungguhnya berdirinya kamu dihadapanNya pada waktu malam merupakan sebesar-besar kemuliaan kerana orang yang berdosa tidak layak untuk menyandang kemuliaan tersebut." 

Sayyidina Sufyan al-Thauri berkata : "Hendaklah kamu menyedikitkan makan kerana ia akan mendorong kamu untuk bangun malam." 

Sayyidina Hasan al-Basri q.s berkata : "Tidak seorang pun meninggalkan bangun malam melainkan kerana dosa yang telah dilakukannya. Hisablah diri kamu pada setiap malam ketika matahari tenggelam dan bertaubatlah pada Tuhan kamu untuk bangun malam." 

Allah telah mewahyukan kepada Nabi Daud a.s : "Wahai Daud! Telah berdusta orang yang mendakwa mencintai Aku, (kerana) apabila kelam malam, dia tidur daripadaKu."

Thursday, March 7, 2013

Nasihat kubur kepada kita

Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Nasihat kubur
Luangkan masa 2 minit membacanya
Nasihat Kubur: 
1. Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2.Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
3. Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4. Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5. Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6. Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7.Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya." (Surah Ali Imran 3:185)

TAHUKAH KAMU.....

Doa duduk antara Sujud yang kita selalu bacalaju2..Tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

HAYATILAH BUKAN SEKADAR MELAFAZ

Wednesday, March 6, 2013

Istilah Babi dalam makanan

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi.
Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 
1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 
3. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 
4. Boar : Babi liar. 
5. Lard : Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon : Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham : Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk : Susu babi.
10. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 
11. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. 
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat...

Kisah syeikh mutawalli sya'rawi

Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi RahimahullahPada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut. Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".Beliau menjawab : "Ya".Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.Link : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=530726123616640&set=a.270920149597240.64256.245273512161904&type=1&ref=nf

Friday, March 1, 2013

AGAMA YAHUDI

YAHUDI : Iaitu agama yang mana teras kepercayaan penganutnya ialah wujudnya Yahwe yang Esa, pencipta dunia yang menyelamatkan bani Israel dari penindasan di Mesir, menurunkan undang-undang Yahwe (Taurat) kepada mereka dan memilih mereka sebagai cahaya kepada manusia sejagat.



Penganut Yahudi percaya Yahwe telah membuat perjanjian dengan Nabi Ibrahim bahawa beliau dan cucu-cicitnya akan diberi berkat sekiranya mereka kekal beriman kepada Yahwe. Perjanjian ini kemudiannya diulangi oleh nabi-nabi Ishak dan Yakub. Oleh sebab nabi-nabi Ishak dan Yakub ialah dari bangsa Yahudi, mereka percaya merekalah bangsa pilihan untuk memerintah dunia.



Penganut Yahudi dipilih untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab khas, seperti mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dan berkhidmat kepada Tuhan. Sebagai balasan mereka akan menerima kecintaan serta perlindungan Yahwe. Yahwe kemudiannya menganugerahkan mereka sepuluh perintah yang sekarang dikenali sebagai Sepuluh Perintah Yahwe (Ten Commandments) melalui ketua mereka Nabi Musa, yang mereka anggap sebagai seorang Putera.

"Sinagog" merupakan pusat masyarakat serta keagamaan yang utama dalam agama Yahudi, manakala Rabbi ialah mereka yang pakar dalam hal-hal keagamaan.


Asal-usul Yahudi di Madinah

Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan selepas tersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak 20 suku. Yang paling terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah.

Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka mendirikan rumah kediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan aktiviti perdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang kuat.

Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang menganut agama Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen. Sewaktu di Madinah, mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke Selatan kota Madinah.

Bani Quraizah, Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur (luar kota Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.


Hari-Hari Keagamaan

Keluarga merupakan unit yang utama dalam agama ini dan penganutnya yang setia akan melakukan sembahyang setiap hari dan hari Sabtu merupakan hari utama yang dipanggil hari Sabbat . Antara waktu senja Jumaat sehingga senja hari Sabtu mereka akan menyalakan lilin dan memakan wain serta roti (yang tidak beragi - unlaven) yang telah diberkati. Selain hari Sabtu, hari keraian lain termasuk Rosh Hashanah (Tahun Baru) dan Yom Kippur (Hari Penerimaan Taubat).

Kitab Yahudi

Kitab Hebrew dipanggil Tanakh terdiri dari 24 buku yang dihimpun kepada 3 kumpulan:
Torah atau Taurat (Undang-undang)
Nevi’im (Para Nabi)
Ketubim (Tulisan)

Selain itu terdapat juga Talmud yang merupakan terjemahan serta komentar mengenai Taurat dari para rabbi dan cendikiawan undang-undang Ini termasuklah Mishnah dan Halakah (kod undang-undang masyarakat utama penganut agama Yahudi), Gemara, Midrash dan Aggadah (legenda dan kisah2 lama). Kabbalah pula ialah teks lama yang berunsur mistik. Menceritakan zat-zat Tuhan Yahwe.


Adat-adat dan undang-undang

Kebanyakan penganut Yahudi mengikuti undang-undang pemakanan yang termaktub di dalam Taurat yang melarang campuran susu dengan daging. Daging babi juga adalah terlarang dalam agama Yahudi. Makanan yang disediakan menurut undang-undang tersebut serta daging yang disembelih oleh pihak Rabbi dipanggil Kosher. Budak-budak lelaki juga dikhitankan (biasanya sewaktu bayi lagi) selaras dengan perjanjian Nabi Ibrahim dengan Yahwe mereka. Dan apabila seorang budak lelaki mencapai kematangan dia akan diraikan kerana menjadi ahli masyarakat Yahudi dalam upacara dipanggil Bar Mitzvah. Selepas kematian, mereka akan berkabung selama seminggu di mana mereka akan membacakan Kaddish. Agama dan perkauman saling kait mengait dalam masyarakat Yahudi. Misalnya pengambilan riba adalah berdosa sesama kaum Yahudi tetapi adalah dibenarkan dengan mereka yang bukan Yahudi.



Sabat atau Sabbat

Sabat atau Shabbo dalam bahasa Yahudi adalah hari yang dikhususkan untuk amalan-amalan keagamaan sahaja. Dikatakan semasa Nabi Musa bermunajat di Gunung Thursina sebelum turunnya Taurat, baginda telah menerima wahyu daripada Allah melalui Jibrail agar menyuruh kaum Bani Israel beribadat pada hari Sabtu serta dilarang melakukan perbuatan di luar amalan agama. Apabila Nabi Musa menyampaikan perintah Allah ini, terdapat segelintir kaum Bani Israel yang ingkar dan akhirnya Allah menukarkan mereka menjadi monyet sebagai membalas perbuatan ingkar mereka terhadap perintah Allah.

Kaum Nasrani juga mempunyai hari Sabat, iaitu hari Ahad, manakala umat Islam diperintahkan agar menjadikan hari Jumaat sebagai hari ibadat rasmi mereka dan masih lagi diamalkan hingga ke hari ini.


Yahudi Di Madinah

Sebelum Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasalam berhijrah ke Madinah (Yathrib), di sana terdapat beberapa Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Qurayzah, Bani Nadir dan Bani Qainuqa'.

Yahudi di Madinah itu mengakui yang mereka adalah Putera dan Kekasih Allah atau Umat Terpilih dan kerana itu Nabi hanya dari golongan mereka saja yang berhak, tetapi kala Nabi Muhammad sollallaahu ‘alaihi wasallam diutus menjadi Nabi dan bukan dari golongan mereka, maka seluruh Yahudi sakit hati dan marah sangat, apa lagi Islam berkembang dengan cepat ketika itu.

Nabi yang berakhlak mulia cukup bertimbang rasa demi mengelak berlaku kekacauan di Madinah, telah mengadakan perjanjian damai secara ikhlas. Tetapi Yahudi yang ada selalu saja membuat huruhara dan secara diam-diam Yahudi berusaha untuk memadam agama Islam.

Pada permulaannya, mereka mengajak Nabi berdebat yang tujuannya amat jahat semata agar Muslimin meninggalkan agama Islam dan meninggalkan atau membunuh Nabi Muhammad sollallaahu ‘alaihi wasallam sekaligus dan ini jelas dibantu oleh Allah bila mana ayat/dalam surat (2) Al-Baqarah ayat 109 diwahyukan. Allah memang tidak meredai perbuatan Yahudi, tetapi ingat Allah tidak akan membantu kita walaupun Islam agama kita kalau kita sendiri tidak mahu berusaha.

Usaha Yahudi menjatuhkan Nabi melalui perdebatan tidak berhasil. Gagal, malah kepalsuan mereka dibongkar oleh Allah kerana perdebatan bukan untuk kebenaran, tetapi hanya mahu menjatuhkan dan memalukan Nabi, tetapi gagal. Memang gagal, kerana Nabi membawa kebenaran bukan kepalsuan. Ternyata kedudukan Nabi ketika itu bertambah kuat dan pengikut semakin ramai dan Islam menyebar ke merata pelusuk dunia.

Diceritakan pada suatu hari wanita Arab dianiaya secara keji kala masuk ke pasar Yahudi Qainuqa. Kejadian itu ditolong oleh pemuda Arab yang baik hati, tetapi pemuda Arab itu dikeroyok, diinjak-injak, diterajang seperti binatang hingga pemuda itu mati dan perbuatan Yahudi itu membangkitkan kemarahan kaum Muslimin yang sekian lama bersabar kerana perintah Nabi dan oleh sebab kesabaran ada hadnya, maka terjadilah pergaduhan/pertumpahan darah di kedua-dua belah pihak.

Nabi ketika itu mengambil tindakan tegas terhadap Yahudi Qainuqa kerana telah berkali-kali menunjukkan sikap bermusuhan tanpa henti-henti dan cukup membahayakan keadaan dan keputusannya Nabi Muhammd sollallaahu ‘alaihi wasallam ketika itu ialah dengan cara mengusir mereka dari Madinah dan hal ini kalau tidak silap terjadi selepas perang Badar.

Setahun kemudian orang Yahudi Nadir pula melakukan pengkhianatan yang sama, dimana mereka berusaha membunuh Nabi ketika Nabi dan sahabatnya berkunjung ke perkampungan untuk sesuatu urusan. Allah sekali lagi membantu dan niat itu tak berhenti dan segera terbongkar dan sekali lagi mengenakan hukuman dengan cara mengusir mereka seperti juga Yahudi Qainuqa. Hal ini terjadi di bulan Rabiul aw wal, tahun ke 4 H dan mereka kononnya menetap di Khaibar dan hal ini disebut oleh Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 11.
Kemudian dengan kelicikan dan kekayaan mereka, maka mereka menghasut lagi kabilah-kabilah Arab yang besar seperti Quaraisy dan Ghathfan serta kabilah-kabilah lain untuk menghancurkan Nabi dan rupanya hasutan itu berhasil dan terjadilah peperangan Al-Ahzaab pada tahun 5H.

Peperangan itu dirasakan oleh Nabi dan Muslimin amat berat sekali, apa lagi Yahudi Qurayzah yang masih tinggal di Madinah juga mengkhianati dari dalam. Pemimpin mereka Kaab bin Asad dihasut oleh pemimpin Dadhir Huyai bin Akhthab dengan maksud diajak membatalkan perjanjian dengan Nabi.

Berita penghinatan Yahudi Qurayzah menggemparkan kaum Muslimin di Madinah ketika itu. Nabi segera mengutus Saad bin Muadz kepada suku Aus dan Saad bin Ubadah kepada suku Khazraj untuk menasihati mereka agar jangan meneruskan pengkhianatan, tetapi niat itu ditolak dengan sikap kasar, angkuh, sombong, takbur.

Pengkhiatan Yahudi Qurayzah ketika itu memang terasa menyulitkan kerana mereka berada di Madinahbersama orang-orang Islam. Tetapi Allah sekali lagi membantu yang akhirnya pasukan bersekutu Al Ahzab itu bubar berkecai dan pulang ke kampung masing-masing tanpa ada hasil dan tinggallah Yahudi Qurayzah sendirian dan akur di atas kekalahan tersebut.

Saad bin Muadz (asal Yahudi bani Qurayzah) atas permintaan Yahudi Qurayzah sendiri menghakimi pengkhianatan mereka itu dan keputusannya yang lelaki dibunuh, sementara wanita dan anak ditawan dan ini diketahui oleh Nabi. Setelah Yahudi tidak ada lagi, barulah kota Madinah aman..

Bidadari

BIDADARI SYURGA : Adalah makluk ciptaan Allah yang ditempatkan di dalam syurga. Mereka disediakan untuk orang-orang mukmin yang beramal soleh. Mereka diciptakan Allah tanpa melalui proses kelahiran dari mana-mana ibu, bahkan kejadian mereka hanya dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. dengan kalimah ( كن فيكون )‘Kun fayakuun’.



Allah dan Rasul menggambarkan bahawa mereka berwajah teramat cantik dan amat sempurna kejadiannya. Setiap hamba Allah yang berjaya memasuki syurga di akhirat nanti akan disediakan dua orang bidadari khusus untuk mereka, dan mereka kini sedang menunggu kehadiran suami-suami mereka dari dunia dengan penuh tawaddhuk dan sabar. Firman Allah:


إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا
"Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (tanpa ibu dan tanpa kelahiran)", "Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan", "Penuh cinta lagi sebaya (umurnya)." (QS. Al-Waqi'ah: 35-37)


Mereka mungkin sekali berupa seperti manusia, sesuai dengan ciptaannya untuk manusia. Tubuhnya terdiri daripada misik, za’faran, ambar dan kaafur. Bauannya bau kasturi syurga, dan ditempat oleh Allah di dalam syurga. Mereka dicipta dengan sangat indah oleh Allah kepada hamba-hambaNya yang beramal soleh, yang berbuat kebaikan semasa di dunia, yang layak untuk memasuki syurga. Tetapi bentuk rupa sebenar, kecantikan dan keindahan mereka tidak dapat dibayangkan oleh sesiapa.


Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diizin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi untuk melihat suami mereka dan mereka telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui. Apabila mereka melihat ke bumi, tatkala terlihat akan isteri kepada suami-suami mereka di dunia yang tidak taat serta derhaka kepada suami, menyakiti suaminya, lalu bidadari syurga itu berkata dan berseru-seru. Sebagaimana telah diceritakan oleh Mu’adz ;


لاَ تُؤْذِي امْرَأةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا. إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ: لاَ تُؤْذِيهِ، قَاتَلَكِ الله، فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَك دَخِيلٌ يُوشِكَ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
“Tidak ada seorang isteri yang menyakiti hati suaminya di dunia melainkan bidadari yang menjadi pasangannya (di syurga) berseru (mungkin marah): "Jangan engkau sakiti dia!, semoga Allah melaknatimu, sesungguhnya dia hanyalah bertamu (di rumahmu), dia sudah hampir berpisah meninggalkanmu menuju kami.” (Sahih al-Jami’: 7192).


BENTUK FIZIKAL BIDADARI


Tidak ada sesiapapun didunia ini dapat membayangkan rupa bentuk sebenar seorang bidadari. Samada dari segi kecantikannya, cintanya, kasih sayangnya, penuh perhantiannya kepada suami-suami mereka.


Sebagaimana Sabda Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam, maksudnya: “Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu (bidadari) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran (bentuk dan rupanya)” (H.R. Bukhari dan Muslim – Hadits Qudsi)


Walau bagaimanapun di dalam Al-Quran dan al-Hadits banyak sekali ayat-ayat yang menjelaskan secara umum zahir sifat-sifat bidadari ataupun menggambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.


Al-Qur’an menceritakan bahawa bidadari diciptakan sebaya umurnya. Firman Allah:



إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا
“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (Maksudnya: tanpa melalui kelahiran dan langsung menjadi gadis)”,” dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan”,” penuh cinta lagi sebaya umurnya”. (QS al-Waaqi’ah: 35-37)


Quraish Shihab menjelaskan kalimat ‘lagi sebaya umurnya’ dengan menyampaikan hadits diriwayatkan oleh at-Tirmidzi bahawa seorang wanita tua datang kepada Nabi Muhammad sollallaahu 'alaihi wasallam  memohon didoakan agar masuk syurga. Nabi menjawabnya dengan bersabda (dengan tujuan bergurau sambil mengajar) :”Beritahu wanita itu, bahawa dia tidak akan memasukinya dalam keadaan tua. Sesungguhnya Allah berfirman (lalu beliau membacakan ayat-ayat diatas) . Hadits ini diriwayatkan juga oleh al-Baihaqi dan at-Tabarani, namun oleh Ibnu Hajar dinilai sebagai hadits Dha’if.




Dalil Dari al-Qur’an


قُلْ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيْرٍ مِّن ذَلِكُمْ لِلَّذِينَ اتَّقَوْا عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَأَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَرِضْوَانٌ مِّنَ اللّهِ وَاللّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
Katakanlah: "Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?( lebih baik dari: wanita-wanita, anak-anak, emas perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang)". Untuk orang-orang yang bertakwa (kepada Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya. Dan (mereka dikurniai) isteri-isteri yang disucikan serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (QS al-Imran:15)


كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ
“Demikianlah, dan Kami berikan (beri pasangan) kepada mereka dari bidadari yang cantik matanya (mata jeli)”. (QS. ad-Dukhan:54)


كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ وَحُورٌ عِينٌ
“Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik”. (QS. al-Waaqi’ah : 22-23)


إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً ,فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا ,عُرُبًا أَتْرَابًا
"Sesungguhnya kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung (tanpa ibubapa dan tanpa kelahiran)", "dan kami jadikan mereka gadis-gadis yang sentiasa perawan", "Penuh cinta lagi sebaya umurnya." (QS. Al-Waqi'ah: 35-37)


Ibnu Abid Dunya meriwayatkan dari Abul Hawari, dia berkata: Bidadari itu diciptakan langsung (Allah berfirman ‘kun’ maka jadilah). Apabila telah sempurna penciptaan mereka maka dipasanglah kemah-kemah untuk mereka.


وَعِندَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ أَتْرَابٌ
“Dan pada sisi mereka (ada bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya”. (QS. as-Sood: 52)




وَالَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً لَّهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَنُدْخِلُهُمْ ظِـلاًّ ظَلِيلاً
“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang soleh, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai; kekal mereka di dalamnya; mereka di dalamnya mempunyai isteri-isteri yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman” (QS. an-Nisaa’: 57)

مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُمْ بِحُورٍ عِينٍ
"Mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (QS. At-Thur: 20)

كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ,
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin", "Seakan-akan bidadari itu permata Yakut (delima merah) dan marjan”. (QS. Ar-Rahman: 56 dan 58)

فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
“Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik”. (QS. Ar-Rahman: 70)


حُورٌ مَقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ
"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam khemah-khemah." (QS. Ar-Rahman: 72)

Ibnul Qayyim berkata bahawa kemah-kemah ini bukanlah ghuraf (kamar-kamar) atau qushur (istana-istana), melainkan ia adalah tenda di taman-taman dan di atas sungai-sungai.

لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلاَ جَانٌّ
“Mereka (bidadari) itu tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (kecuali oleh suaminya dari dunia), dan tidak pula oleh jin”. (QS. ar-Rahman: 74)

كَأَنَّهُنَّ بَيْضٌ مَّكْنُونٌ, وَعِنْدَهُمْ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ عِينٌ
Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya (tidak memandang kepada yang lain kecuali suami mereka), seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (QS. as-Sooffaat : 48-49)



Dalil Dari Hadits

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi cahaya antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. at-Tabrani)

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)

Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh terserlah sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah: 316)

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”

Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu' (mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah (delima merah) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”

Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

Dari Anas r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)

Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang nampak daripada apa yang tidak nampak.” Saya bertanya lagi, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda sollallaahu 'alaihi wasallam menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. At-Tabrani)


Riwayat Penciptaan Bidadari


Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”

Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

Di dalam kitab Daqo'iqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam  bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. Allah menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Jari kakinya hingga kelututnya dicipta dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia berbau Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”


Seorang Lelaki Mendapat 2 Bidadari

Apabila seorang lelaki mukmin yang soleh diperkenankan Allah untuk memasukki syurga buat pertama kali, dia akan diiringi oleh 2 orang bidadari. Rasulullah sollallaahu 'alaihi wasallam bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bagai cahaya bulan purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Isteri Syurga Makin Hari Makin Cantik.

Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya: “Sesugguhnya di syurga terdapat pasar yang dikunjungi penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin utara berhembus dan menerpa wajah dan pakaian mereka hingga membuat mereka semakin tampan dan kacak. Dalam keadaan seperti itu, mereka pulang kepada isteri masing-masing. Isteri-isteri mereka berkata, “Demi Allah, tuan semakin tampan dan kacak.” Mereka menjawab, “kalian juga semakin cantik dan mempesona”.


KISAH MEREKA YANG MENDAPAT BIDADRI SYURGA

1. Ainul Mardhiyyah Untuk Pemuda Syahid

Dalam suatu kisah yang dipaparkan Al Yafi’i dari Syeikh Abdul Wahid bin Zahid, dikatakan: Suatu hari ketika kami sedang bersiap-siap hendak berangkat perang, aku meminta beberapa teman untuk membaca sebuah ayat. Salah seorang lelaki tampil sambil membaca ayat Surah At Taubah ayat 111, yang ertinya sebagai berikut :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka”

Setelah selesai ayat itu dibaca, seorang anak muda yang berusia 15 tahun atau lebih bangkit dari tempat duduknya. Ia mendapat harta warisan cukup besar dari ayahnya yang telah meninggal. Ia berkata: “Wahai Abdul Wahid, benarkah Allah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan syurga untuk mereka?” Jawab Abdul Wahid: “Ya, benar anak muda”. Anak muda itu melanjutkan: “Kalau begitu saksikanlah, bahawa diriku dan hartaku mulai sekarang aku jual dengan syurga.”

Anak muda itu kemudian mengeluarkan semua hartanya untuk disedekahkan bagi perjuangan. Hanya kuda dan pedangnya saja yang tidak. Sampai tiba waktu berangkat, ternyata pemuda itu datang lebih awal. Dialah orang yang pertama kali kulihat. Dalam perjalanan ke medan perang pemuda itu kuperhatikan siang berpuasa dan malamnya dia bangun untuk beribadah. Dia rajin mengurus unta-unta dan kuda tunggangan pasukan serta sering menjaga kami bila sedang tidur.

Sewaktu sampai di daerah Romawi dan kami sedang mengatur strategi pertempuran, tiba-tiba dia maju ke depan medan dan berteriak:”Hai, aku ingin segera bertemu dengan Ainul Mardhiyah . .” Kami menduga dia mulai risau dan fikirannya kacau, kudekati dan aku tanyakan siapakah Ainul Mardiyah itu. Dia menjawab: “Tadi sewaktu aku sedang terlelap, tiba-tiba aku bermimpi. Seseorang datang kepadaku seraya berkata: “Pergilah kepada Ainul Mardiyah.” Ia juga mengajakku memasuki taman yang di bawahnya terdapat sungai dengan air yang jernih dan dipinggirnya nampak para bidadari duduk berhias dengan mengenakan perhiasan-perhiasan yang indah. Manakala melihat kedatanganku, mereka bergembira seraya berkata: “Inilah suami Ainul Mardhiyah”

“Assalamu’alaikum” kataku memberi salam kepada mereka. “Adakah di antara kalian yang bernama Ainul Mardhiyah?” Mereka menjawab salamku dan berkata: “Tidak, kami ini adalah pembantunya. Teruskanlah langkahmu. Tatkala aku sampai pada taman-taman yang lebih indah dengan bidadari yang lebih cantik, aku bertanya lagi ,tapi jawaban mereka sama, mereka adalah pembantunya dan menyuruh aku meneruskan langkah.

Akhirnya aku sampai pada khemah yang terbuat dari mutiara berwarna putih. Di pintu khemah terdapat seorang bidadari yang sewaktu melihat kehadiranku dia nampak sangat gembira dan memanggil-manggil yang ada di dalam: “Hai Ainul Mardhiyah, ini suamimu datang”.

Ketika aku dipersilakan masuk kulihat bidadari yang sangat cantik duduk di atas sofa emas yang ditaburi permata dan yaqut. Waktu aku mendekatinya, dia berkata: “Bersabarlah, kamu belum diizinkan lebih dekat kepadaku, kerana roh kehidupan dunia masih ada dalam dirimu”. Anak muda itu melanjutkan kisah mimpinya: “Lalu aku terbangun, wahai AbdulWahid. Aku tidak sabar lagi menanti terlalu lama”.

Belum sempat perbualan kami selesai, tiba-tiba sekelompok pasukan musuh terdiri sembilan orang menyerbu kami. Pemuda itu segera bangkit dan melawan mereka. Selesai pertempuran aku cuba meneliti, kulihat anak muda itu penuh luka ditubuhnya dan berlumuran darah. Ia nampak tersenyum gembira, senyum penuh kebahagiaan, hingga rohnya berpisah dari badannya untuk meninggalkan dunia. ( Irsyadul Ibad ).

2. Ziyad Bertemu Bidadari Syurga

Telah menceritakan kepada kami Abdullah, telah menceritakan kepada kami Abu Ali al-Mawarzi Hamzah Ibnul ‘Abbnas, telah menceritakan kepada kami Ali Ibnul Hasan dan ‘Abdan Ibn ‘Utsman mengatakan: Telah menceritakan kepada kami Abdullah Ibnul Mubarak dari Abdurrahman Ibn Razin al-Mishri, telah menceritakan kepada kami Abdul Karim Ibnul Harits al-Hadhrami, telah menceritakan kepada kami Abu Idris al-Madini mengatakan:

“Seseorang dari penduduk Madinah bernama Ziyad datang kepada kami. Kami sedang memerangi puak Saqaliyah di negeri Romawi. Kami bertiga, aku, Ziyad dan seorang lagi dari penduduk Madinah mengepung kota. Suatu kali salah seorang dari kami pergi untuk mencari makanan. Ketika itu peluru manjanik [1] jatuh terhempas berhampiran Ziyad dan pecahannya mengenai lutut Ziyad sehingga dia pengsan. Aku lalu menariknya. Temanku datang, aku lalu memanggilnya dan kami melalui jalan yang aman dari anak panah dan peluru manjanik.

Siang itu kami hanya duduk diam, sementara Ziyad tidak bergerak sama sekali. Kemudian serta-merta Ziyad tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya! lalu diam! Kemudian menangis hingga air matanya mengalir! Lalu diam! Kemudian dia diam sesaat dan setelah itu tersedar dan duduk tegak. Dia berkata: “Kenapa aku disini?” kami jawab: “Tidakkah engkau mengetahui apa yang terjadi pada dirimu?” dia menjawab: “Tidak!” Kami katakan: “Tidakkah engkau ingat peluru manjanik yang jatuh di sampingmu?” dia menjawab: “Ya!. Kami katakan : “Engkau terkena pecahannya hingga engkau jatuh pengsan, kemudian engkau melakukan demikian dan demikian!” dia menjawab: “Benar! Aku akan beritahu kepada kalian berdua: “Aku dibawa ke suatu kamar yang terbuat dari mutiara dan intan, aku lalu dihantarkan ke tempat tidur yang terbuat dari emas dan terjahit dari benang emas.

Di kedua sisi kamar tersebut terdapat dua buah bantal. Setelah aku duduk di atas tempat tidur itu, aku mendengar suara gemercing perhiasan dari samping kananku. Dari sana keluar seorang gadis. Aku tidak tahu mana yang lebih indah; kecantikan gadis itu, pakaiannya atau perhiasannya! Dia lalu berjalan ke arah sudut kamar. Dia memberi salam kepadaku dan berkata: “Selamat datang wahai orang yang tidak pernah memohon kami kepada Allah Subhanahu wa ta’ala, padahal kami tidak seperti fulanah -isterinya-!” ketika dia mengingatkan aku akan isteriku dengan ungkapannya, aku tertawa. Dia lalu mendatangiku dan duduk di samping kananku. Aku bertanya kepadanya: “Siapa kamu?” dia menjawab: “Aku adalah madu bagi isterimu!” Ketika aku menjulurkan tanganku untuk menjamahnya, dia berkata: “Tunggu sebentar! Engkau akan mendatangi kami di waktu zuhur.” Akupun menangis setelah dia selesai bicara.

Kemudian aku mendengar lagi suara gemercing perhiasan dari samping kiriku. Ternyata dari sana keluar juga seorang gadis serupa dengan gadis yang pertama, berbicaranya sama. Aku juga melakukan seperti yang aku lakukan pada gadis yang pertama; aku tertawa ketika dia menyebutkan tentang isteriku. Dia duduk di samping kiriku. Ketika aku menjulurkan tangan untuk menjamahnya, dia mengatakan: “Tunggu sebentar! Engkau akan mendatangi kami di waktu zuhur,” maka akupun menangis.” Ziyad terus duduk bersama kami dan berbicara. Ketika terdengar suara azan, dia rebah dan mati.”

Abdul Karim mengatakan: “Ada seseorang yang menceritakan kisah ini kepada kami dari Abu Idris al-Madini. Kemudian dia mendatangiku dan berkata kepadaku: “Mahukah engkau datang kepada Abu Idris dan mendengar langsung darinya?” akupun mendatanginya dan mendengar langsung darinya.”[1]

3. Bidadari Saidina Umar r.a.

Suatu hari ketika Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam dimi'rajkan menghadap Allah subhaanahu wa taala,  malaikat Jibril a.s memperlihatkan kepada baginda taman-taman syurga. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bergurau dan bermain. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan nampak sangat pemalu. Rasulullah sollallaahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada Jibril a.s, "Wahai Jibril a.s bidadari siapakah itu?". Malaikat Jibril a.s menjawab, "Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah subhaanahu wa taa’ala menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".


1 MAHLIGAI DI SYURGA BERJUTA BIDADARI.

Sesiapa mendapat 1 Mahligai di syurga, maka dia akan mendapat 24,010,000 (2.4 juta bidadari.) Sebagaimana Hadits diriwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu (mutiara), dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah (delima) dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
1 Mahligai dicipta dari Lu’lu’, di dalamnya terdapat;
70 kampung dicipta dari Yaqut merah, didalamnya terkandung;
70 Rumah dicipta dari Zamrud hijau, di dalam setiap rumah terdapat;
70 bilik tidur, dan di dalam setiap bilik terdapat;
70 bidadari.
Jumlah bidadari seluruhnya 24,010,000

Untuk membina satu Mahligai disyurga cukup dengan sekali tasbih, tahmid dan takbir.

Jom Solat

Hari ini mungkin solat jumaat ditunaikan di Masjid Penghulu Him,...