صلوات التفريجية / النارية
اَللَّهُمَّ صَلِّ
صَلَاةً كَامِلَةً، وَسَلِّمْ سَلَامَا تَامًا، عَلَى مُحَمَّدِنِ
الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ العُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتَقْضَى بِهِ
الْحَوَائِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الْرَغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِمُ، وَيُسْتَسْقَى
الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمُ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ
وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ.
Maksudnya : Ya Allah
berilah restu kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami nabi Muhammad
SAW, semoga dengan berkatnya terurai segala macam simpulan, dilepaskan dari
segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan
mendapat husnul khatimah, dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya
yang mulia, demikian juga kepada keluarga dan sahabat baginda pada setiap
kerdipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.
Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang
menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.
1.
11 x –
setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan
dijanjikan husnul khatimah.
2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan
masalah.
4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang
dikehendaki.
5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang
dikehendaki.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan
kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat,
menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian
diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan
sempurna.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat
fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.
معمر
No comments:
Post a Comment