صلوات فاتح
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَدِنِ الْفَاتِحِ
لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِيْ
إِلَى صِرَاطِ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ
الْعَظِيْمِ
Maksudnya
: Ya Allah berilah restu kepada junjungan kami nabi Muhammad
SAW, yang membuka apa yang tertutup, dan penamat apa yang lalu, dan penolong
kebenaran dengan kebenaran, dan petunjuk kepada jalan yang lurus dan juga
keatas keluarga baginda serta para sahabat yang benar kedudukannya yang agung.
Kelebihan Dan Fadhilat
Selawat Fatih:
Selawat Fatih juga
mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh
para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
1. Berkata sebahagian
ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10
000 atau 600 000 yang lain.
2. Dibaca 11
kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa
kecil dan aman tenteram jiwanya.
3. Dibaca 21
kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari
kesusahan.
4. Sesiapa
beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni
Allah.
5. Sesiapa
mengamalkan dengan istiqamah, nescaya akan terbuka
rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan
tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga,
walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
6. Kebanyakan
daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar
(rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100
kali setiap hari,
7. Sesungguhnya
sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan
baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar.
Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan
oleh Allah Ta’ala.
8. Selawat ini bermanfaat kepada
orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yang berselawat
dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akandijilat
api neraka.
10. Sesiapa
membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan
dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Caranya adalah membacanya
selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah al-Qadr,
2) Baca al-Zalzalah,
3) Baca al-Kafirun,
4) Baca Ma-’uzatain.
Seeloknya diasapkan dengan
gaharu ketika membaca Selawat Fatih.
معمر
No comments:
Post a Comment