Monday, July 9, 2018

Selawat Munjiyyah


صلوات منجية
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ وَتَقْضِي لَنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْحَاجَاتِ، وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمَا كَثِيْرًا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

Maksudnya : Ya Allah berilah restu kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW sebagai selawat dengan keberkatannya dapat melepaskan kami dari huru hara dan malapetaka, dan dengannya juga dapat menunaikan segala hajat, dan dengannya juga menghapuskan segala dosa, dan dengannya juga mengangkat kepada darjat yang tinggi, dan dengannya juga dapat menyampaikan segala tujuan yang baik semasa hidup dan sesudah mati. Dan begitu juga dengan berkat ahli keluarga baginda serta para sahabatnya dan salam sejahtera yang yang dengan rahmatMU ya Allah tuhan yang pengasih lagi penyayang.

Munjiyah bererti penyelamat. Jika diamalkan Selawat ini dengan dijadikan zikir, maka ia akan menyelamatkan dari segala sesuatu yang tidak diinginkan. Insya Allah ia akan mendatangkan segala hajat yang diingini.

Fadhilatnya:-
1. Selawat ini diamalkan selepas selesai solat fardhu dan boleh dijadikan wirid harian. Insya Allah akan dijauhkan segala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada waktu-waktu genting.
2. Jika dibaca 500 kali setiap hari, akan mendapat rezeki yang banyak.
3. Jika dibaca 1000 kali setiap hari, akan tercapai hajat dunia dan akhirat serta dijauhkan dari penyakit taun.
4. Bagi orang yang mempunyai hajat yang sangat penting dan ingin segera dikabulkan oleh Allah, maka selawat ini eloklah dibaca sebanyak 1,000 kali.
5. Sesiapa membaca selawat ini 300 kali semasa belayar ke laut, akan terselamat dari karam atau tenggelam.



معمر


Selawat Fatih


صلوات فاتح
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِيْ إِلَى صِرَاطِ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Ya Allah berilah restu kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, yang membuka apa yang tertutup, dan penamat apa yang lalu, dan penolong kebenaran dengan kebenaran, dan petunjuk kepada jalan yang lurus dan juga keatas keluarga baginda serta para sahabat yang benar kedudukannya yang agung.

Kelebihan Dan Fadhilat Selawat Fatih:
Selawat Fatih juga mempunyai keistimewaan yang tersenidiri seperti mana yang telah disusun oleh para ulamak terdahulu. Antara kelebihan Selawat Fatih ialah :
1.  Berkata sebahagian ulamak Maghribi, berselawat sekali dengan Selawat Fatih menyamai 10 000 atau 600 000 yang lain.
2.  Dibaca 11 kali selepas solat fardhu, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kecil dan aman tenteram jiwanya.
3.  Dibaca 21 kali setiap hari, luas rezeki dan keluarganya selamat dari kesusahan.
4.  Sesiapa beristiqamah berselawat Fatih 40 hari, dosanya akan diampuni Allah.
5.  Sesiapa mengamalkan  dengan istiqamah, nescaya akan terbuka rahsia keajaiban, menghilangkan dukacita, mendapat hidayah dan tercapai segala hajat. Dan akan menjadi ahli syurga, walaupun hanya membaca sekali seumur hidup.
6.  Kebanyakan daripada arifin menyebut bahawasanya selawat ini dapat membukakan asrar (rahsia) ajaib yang terhairan oleh akal sesiapa yang dapat membacanya 100 kali setiap hari,
7.  Sesungguhnya sesiapa yang tekun membacanya setiap hari 100 kali dibukakan baginya banyak daripada hijab. Dan hasil baginya daripada anwar. Dan ditunaikan segala keinginannya; dengan qadar yang tidak diketahui melainkan oleh Allah Ta’ala.
8. Selawat ini bermanfaat kepada orang Mubtadi, Mutawassith dan Muntahi.
9. Sesiapa yang berselawat dengan Selawat Fatih ini sekali dalam hidupnya nescaya tidak akandijilat api neraka.
10. Sesiapa membacanya 1000 kali pada malam Khamis dan Jumaat atau Isnin akan dihimpunkan bersama-sama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Caranya adalah membacanya selepas bersolat 4 rakaat,
1) Baca surah al-Qadr,
2) Baca al-Zalzalah,
3) Baca al-Kafirun,
4) Baca Ma-’uzatain.
Seeloknya diasapkan dengan gaharu ketika membaca Selawat Fatih.



معمر

Selawat Tafrijiyyah Atau Nariyyah


صلوات التفريجية / النارية
اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً، وَسَلِّمْ سَلَامَا تَامًا، عَلَى مُحَمَّدِنِ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ العُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتَقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الْرَغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِمُ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمُ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ.
Maksudnya : Ya Allah berilah restu kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, semoga dengan berkatnya terurai segala macam simpulan, dilepaskan dari segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, tercapai segala keinginan, dan mendapat husnul khatimah, dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia, demikian juga kepada keluarga dan sahabat baginda pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak pengetahuan Engkau.

Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

 Imam ad-Dainuri r..a.
1.        11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
2.       41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
3.       100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
4.       313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
5.       1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.

معمر

Nama Penaku معمر

kenapa aku gunakan nama penaku معمر ia adalah singkatan dari nama محمد عرفان محمد رشدي diambil setiap awalan namaku yang jawi...

selepas ini jika anda mendapati nama (معمر) tertera itu mungkin sebahagian dari tulisanku

kadang kadang apabila menggunkan nama pena ini lebih merancakkan lagi penulisan aku sama ada di alam maya atau realiti.

moga ALlah memberi taufik dan hidayah atas kerja buat aku dan mengurniakan istiqamah di atas jalan yang benar

Selawat Anwar Atau Selawat Sayyidi Ahmad Badawi


صلوات سيدي أحمد بدوي / صلوات أنوار
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نُوْرِ الْأَنْوَارِ، وَسِرِّ الْأَسْرَارِ، وَتِرْيَاقِ الْأَغْيَارِ، وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَارِ، سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدِنِ الْمُخْتَارِ، وَآلِهِ الْأَطْهَارِ، وَأَصْحَابِهِ الْأَخْيَارِ، عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَإِفْضَالِهِ.
Maksudnya : Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.

Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu.
Fadhilatnya :
1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
5. Berkata Sayyid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.
Wallahu a’lam.

معمر