Banyak kenangan dan peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang perjalanan kembara ke bumi palestin, pada mulanya agak takut jugak apabila mendengar berita berkaitan palestin, tetapi setelah mendengar sendiri dari kawan-kawan yang pernah pergi ke sana, maka saya beranikan diri untuk pergi dengan group yang belum pernah saya kenal, dan memang tak dak seorang pun yang saya kenal kecuali Haji Lokman (tuan punya travel agent) tu pun dia tak kenai saya, saya kenai dia...
![]() |
| inilah Haji Lokman, orang paling sempoi, |
Naik kapal terbang Dreamliner milik syarikat penerbangan ethiopian airlines memang best, transit sekejap di singapore dan terus ke ethiopia atau habsyah, sampai waktu pagi, flight ke tel aviv petang so dapat la check in hotel, satu orang satu bilik, cuma yang saya hairan kenapa dalam bilik tak dak aircond dan kipas, so saya terpaksa buka tingkap la nak bagi sejuk, memang sejuk dan last sekali kena tutup pulak, rupanya addis ababa ni berada pada atitude 1,290 to 3,000 meter daripada paras laut.

No comments:
Post a Comment