Friday, December 25, 2009

khutbah oh khutbah...

Hari jumaat adalah hari himpunan seluruh manusia (lelaki) di masjid untuk menunaikan solat berjemaah dan di samping itu dimuatkan khutbah jumaat untuk peringatan buat hadirin dan medan menyampaikan maklumat...



hukum syarak amat cantik dan indah jika hendak direnungi dan di kaji dari segi falsafahnya, malangnya hari ini umat islam makin lesu apabila pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, apa yang menyebabkan perkara ini berlaku? sedangkan khutbah tersebut medan untuk memperingati dan menyuntik semangat untuk melakukan ibadah di sepanjang minggu, setiap hari kita dilalaikan dengan hiburan, dan hari jumaat ini kita diingatkan semula supaya kembali kepada islam, malangnya apabila tiba hari jumaat kita tidak merasa sebarang suntikan dari khutbah yang disampaikan, khutbah yang disampaikan kadang-kadang tidak menarik minat dan tidak kena dengan keadaan semasa dan setempat. contohnya : khutbah yang menceritakan tentang penanaman padi di kawasan bandar dan cara mengelakkan kesesakan lalu lintas di baca kepada masjid kampung. semua perkara itu tidak lojik jika diperhatikan kepada keadaan setempat, malangnya ini yang berlaku.



musuh islam mengetahui kekuatan islam, antara kekuatan islam adalah al-quran, ilmu agama, kiblat yang satu, dan himpunan hari jumaat. empat perkara tersebut cuba dihapuskan oleh musuh agar orang islam lemah dalam mengamalkan agama, al-quran adalah wahyu dan merangkumi sumber segala hukum dan panduan hidup bagi manusia, manakala ilmu agama yang benar adalah penyelamat dari pertelingkahan dan pergaduhan sesama umat,


hal ini berkaitan dengan sebuah institusi yang tertua di dunia iaitu universiti al-azhar, pihak musuh mencuba sedaya upaya untuk menghapuskan al-azhar kerana institusi ini mengamalkan islam secara wasatiyyah (sederhana) jadi mereka menimbulkan pandangan yang baru dan menyokong pandangan pelampau dalam agama hingga umat islam berpecah dan tidak kuat lagi.




manakala kaabah merupakan kiblat seluruh umat islam dan di situlah terletak titik persamaan dan penyatuan kerana semua yang mengucap dua kalimah syahadah sujud dan rukuk ke arah satu kiblat yang sama, oleh itu kenapa kita harus perperang dan bergaduh dengan sesama kita, jika manusia semua berfikir begitu maka musuh islam makin takut pada islam, tetapi perkara itu sebaliknya,

dan yang terakhir dan musuh berjaya menguasai kita iaitu khutbah jumaat, muslimin yang mengunjungi masjid menjadikan tempat untuk berehat dan tidur sambil mendengar alunan khutbah yang enak dan merdu, tempat untuk merehatkan badan selepas letih bekerja pada sebelah pagi dan sebagainya, sedangkan khutbah mempunyai hikamah yang amat besar hingga mampu menjadi medan tarbiah bagi anak-anak muda dan seluruh lapisan masyarakat kerana di situlah terhimpunnya seluruh golongan masyarakat berbeza dengan kuliah maghrib kerana yang hadir kebanyakkannya orang tua-tua sahaja, orang muda sibuk dengan aktiviti masing-masing, jadi macam mana nak kenal tuhan kalau tak pi ngaji, oleh itu khutbah mengambil peranan mingguan untuk menyuntik semangat tersebut agar jadi ummah yang hebat dan kuat. malangnya lagi, ada khatib yang dah tua, bacaanya pun tak jelas cepat pulak tu, kadang-kadang baca ayat quran pun tersangkut-sangkut, apabila orang tegur dia kata : "aku baca khutbah dan jadi imam dan 30 tahun dah" nak bagi orang lain baca tak bagi, jadi nak buat macam mana? bila masyarakat rosak mula lah nak tuding jari sana sini, padahal kalau kita betul-betul perati hikmah khutbah yang perlu disampaikan dengan jelas, peringatan tentang akhirat lebih berbanding dunia akan menyebabkan manusia insaf dan sedar serta tidak timbul masalah dalam masyarakat.



bagi saya masyarakat akan lebih parah dan rosak jika institusi masjid ini tidak memainkan peranan yang bersungguh-sungguh, dan imam serta ahli jawatankuasa akan ditanya dihadapan allah taala terhadap tindakan dan kerja buat kita. sebelum kita ditanya oleh allah nanti marilah kita buat perhitungan segera di atas muka bumi ini.

baru-baru ni adala sebuah masjid tu dah bercelaru mimbar masjid dan ahli jawatankuasa di sebabkan perangai imam yang dah 30 tahun pegang jawatan, ahli kariah desak untuk letak jawatan, katanya : "majlis agama tak terima perletakan jawatan aku", ada ke majlis agama tak mau terima, majlis agama bukan tak mau terima tapi mengalu-alukan perletakan jawatan tok imam tersebut, memang dah kena letak jawatan pun, masjid tak bunyi azan zohor dan asar kecuali ada majlis nikah, tak kan sampai macam tu sekali, parah la kalau dah sampai tahap yang macam tu, apa lagi yang kita nak buat? pakat boikot ker? jangan!!! kita minta orang majlis agama turun padang buat lawatan masjid ke masjid supaya masjid yang jemaah dia sampai kena kira dulu baru nak azan zohor, jawabnya masjid tu tak berapa nak berfungsi la, ambil tindakan dan cuba cari jalan penyelesaian sebelum menjadi lebih parah, bayangkan bila masjid dah tak berperanan, macam mana masyarakat nak bersatu? jadi harap la pihak berkuasa turun padang tengok masjid yang macam ni. sambung dalam MASJID OH MASJID

No comments:

Post a Comment